Sunday, September 25, 2011

DUNIAKU KINI

Alhamdulillah syukur diriku ke hadrat Rabbul Izati, Kekuasaan, Kurniaan, Kerahmatan, Keberkatan Allah SWT dapat kiranya aku merasai kenikmatan hidup di bumi Allah yang penuh mehnah dan tribulasi..nikmat Iman dan Islam yang aku kecapi hingga kini membuatkan diriku bersyukur ke atasNYA, merasa diriku amatla hina dan merendah serendah-rendah diri pada yang Esa..Allah....Allah..Allah..

Merawat?itulah tugasku setiap hari berhadapan dengan hamba Allah yang mempunyai pelbagai masalah dan latar belakang..aku bersyukur kerana Allah memilihku bagi membantu hambanya yang dalam kesusahan...aku mengiringi Guruku Ust Tuan Sheikh Faizal bin Omar dengan izinNYA ke mana sahaja bagi membantu setiap insan yang telah di hantar oleh Allah...Perak,Selangor,Penang,Pahang,Johor,Melaka destinasi yang sentiasa kami kunjungi bagi menjalankan tanggugjawab yang di amanahkan Allah sebagai Perawat Islam..bekerja dengan Allah amat menguntungkan dan menyenangkan kerana Allah Maha Penolong hambanya setiap masa,setiap saat,setiap detik...'tak perlu risau tentang rezeki kerana kita bekerja dengan Allah, akan kita perolehi dengan secukupnya,yang penting keberkatan rezeki dan hidup kita capai'..itula kata-kata guruku..

Aku mula menceburi dunia rawatan sejak tahun 2009 bersama sahabatku yang aku kasihi Allahyarham Ust Faizo..mula mengenali rawatan islam bersama Allahyarham dengan guruku yang pertama iaitu Ust Abdul Majid, Akademi Rawatan Islam Nur Ehsan (AKRINE KUANG)..di sinila bermulanya pengembaraanku dalam dunia rawatan..dari masa ke masa selepas perginya sahabat tercinta menuju Ilahi, aku ditemukan Allah dengan seorang guru muda iaitulah Ust Sheikh Faizal..bersambunglah pengembaraanku bersama al-fadhil Ust sehinggalah kini...aku diamanahkan sebagai pembantu kanannya dalam rawatan, di mana jua beliau pergi...semakin hari semakin bertambah ilmu dan penglamanku dalam dunia rawatan..Alahmdulillah syukur pada Allah.......

Aku akan teruskan perjuangan ini hingga sedaya mampu, selagi hayat di kandung badan bagi membantu hambaNYA yang memerlukan pertolongan terutama mengatasi masalah jin,syaitan yang merupakan musuh yang nyata bagi manusia..semoga pengorbananku dinilai ikhlas oleh Allah dan mendapat manfaat di akhirat kelak...sekian dulu, wallahua'lam

1 comment:

  1. Assalamualaikum....
    Tahniah dan takziah ana ucapkan atas perjuangna yang mulia yang telah ust dan tok guru ust jalankan...ana selaku saudara sesama islam mengucapkan terima kasih ats pengorbanan kalian dengan izinNYA..moga sentiasa berda dlam lindungan dan rahmat Allah s.w.t....moga dipermudahkan segala urusan..diberikan ilham bagi memudahkan perjalanna dakwah dan perjuangan ust dan kumpulan....Allahumma amin3....

    ReplyDelete